Pada 19 - 23 Ogos 2019, Kampung Singgaron Baru telah diberikan penghormatan untuk menjadi Tuan Rumah bagi Program Titian Inegrasi Nasional anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, UiTM Sabah dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Seramai lebih 80 orang peserta dijangka akan menyertai program ini dan akan diagihkan kepada ahli keluarga di beberapa buah Kampung yang berhampiran.
Antara pengisian yang dirancang adalah seperti berikut:-
- Majlis Penyerahan Anak Angkat
- Taklimat Bahasa Sukuan di Negeri Sabah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
- Pembentangan Kebudayaan dan Adat Resam Suku Kaum Negeri Sabah oleh Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
- Tarian Etnik Negeri Sabah oleh Mahasiswa/i UiTM Sabah
- Demonstrasi Masakan Etnik Kaum Sabah & Gotong-Royong Kenduri Sekampung oleh Jiran Wanita, KRT Kg Kilimu dan Kg Singgaron Baru
- Sukan Rakyat Perpaduan Pelajar Sekolah bersama Mahasiswa/i UiTM Sabah
- Lawatan Sambil Belajar Ke Kndasang
- Program Lawatan Integrasi Ramah Mesra Perpaduan,
- Banyak lagi.
Majlis in dijangka akan dirasmikan oleh:-
- Pembukaan : YB Tn Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau (P179)
- Penutupan : YB Datuk Wira Dr. Md Farid Bin Md Rafik, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial)