Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Kampung Singgaron Baru terkenal dengan keunikan Flora dan Faunanya. Saban tahun, ramai penyelidik dari dalam dan luar negara datang ke Kampung Singgaron Baru untuk membuat penyelidikan Flora dan Faunanya yang masih belum diterokai sepenuhnya. Pada pertengahan tahun 2015, Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia untuk Alam Sekitar Malaysia (WWF Malaysia) Sabah telah melancarkan Program Water Voice di Kampung Singgaron Baru sebagai usaha untuk menerapkan kepentingan menjaga kebersihan air bermula dengan penjagaan sungai. Sehingga kini, Kampung Singgaron Baru masih mendapat air bersih secara percuma. Berikut antara tarikan yang terdapat di Kampung Singgaron Baru Ranau:-
Blog ini adalah salah satu medium komunikasi dan sumber pemasaran untuk memperkenalkan Kg Singgaron Baru Ranau kepada dunia luar. Segala maklumat yang dipaparkan adalah disahkan benar dan terkini. Sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan boleh dihantar secara terus ke alamat e-mel MPKK di kgsinggaronbaru110@gmail.com.
Sejarah Kg Singgaron Baru, Ranau
Dalam tahun 1963, sekumpulan orang muda dari Kampung Singgaron, Kota Belud telah berhijrah ke daerah Ranau untuk mencari penempatan yang baru yang difikirkan sesuai untuk tujuan pertanian terutamanya penanaman padi. Kumpulan ini diketuai oleh Allahyarham Encik Dulamid Bin Pandan, Allahyarham Encik Suhaimin Bin Kadayan dan Allahyarham Encik Dumanan Dawoi.
Setibanya mereka di Daerah Ranau, mereka telah berjumpa dengan Allahyarham Encik Mohd Ali Kandalis (Orang Dusun Pertama memeluk Agama Islam di Daerah Ranau). Encik Mohd Ali yang pada ketika itu menetap di Kampung Lohan telah bersetuju untuk membahagikan kawasan tanah yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Silad kepada Encik Dulamid dan rakan-rakannya untuk tujuan pertanian. Setelah mencapai kata sepakat, Encik Dulamid dan rakan-rakannya kembali ke Kampung Singgaron di Kota Belud. Malangnya, sekembalinya mereka semula ke Kampung Lohan, kawasan yang dikhaskan untuk mereka telah diserahkan kepada orang lain kerana lewat diurus dan diterokai. Encik Dulamid, sekali lagi berbincang dengan Encik Mohd Ali mengenai status tanah tersebut.
Secara kebetulan, Encik Dulamid dan rakan-rakannya telah bertemu dengan Encik Araban dan beliau mencadangkan kepada mereka untuk bertemu dengan Ketua Kampung Langsat iaitu Mendiang KK Golingki. Setelah mengadakan perbincangan, KK Golingki telah bersetuju untuk memberikan satu kawasan tanah untuk diusahakan oleh Encik Dulamid dan rakan-rakannya. Kawasan itu dikenali sebagai Napatau.
Sebagai permulaan, Encik Dulamid dan rakan-rakannya telah berusaha menanam padi. Setelah itu, rombongan kedua dari Kampung Singgaron telah menyusul dan mula menebas dan membahagi-bahagikan kawasan untuk dijadikan kebun dan ladang.
Mereka juga telah bergotong-royong membina sebuah rumah yang diperbuat daripada bambu/buluh yang dengan keluasan rumah 12 kaki x 15 kaki. Kesemua mereka telah tinggal bersama-sama di rumah tersebut buat sementara sehingga rumah masing-masing siap dibina. Bermula dari detik itu, penduduk Kampung Singgaron, Kota Belud yang beragama Islam telah berhijrah ke Napatau. Mereka kemudiannya telah melantik Endik Dulamid sebagai Ketua Masyarakat secara tidak rasmi.
Kawasan Napatau yang telah diberikan oleh Mendiang KK Golingki itu kemudiannya telah diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam. Pada tahun 1972, Napatau telah ditukar nama kepada Singgaron Baru dan didaftarkan di Pejabat Daerah Ranau dan telah melantik Encik Kahim Bin Nurisid sebgai Pengerusi JKKK yang pertama.
Gambar Terkini
ASAL USUL NAMA SINGGARON
Kampung Singgaron, Kota Belud mendapat namanya dari sebatang Pokok Pinang. Menurut cerita, ada sebatang Pokok Pinang yang telah menghasilkan buah yang agak luar biasa. Pokok tersebut telah mengeluarkan buah yang bersaiz besar dan kembar. Maka, penduduk awal di kampong tersebut telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut bersempena buah pinang yang luar biasa bentuk fizikalnya. Bermula dari detik itu, Kampung tersebut telah dikenali sebagai Kampung Singgaron.
Sementara Kampung Singgaron Baru digunakan memandangkan penduduk asal yang telah menerokai kawasan Napatau adalah penduduk asal dari Kampung Singgaron, Kota Belud.
Pengenalan Kg Singgaron Baru, Ranau
Kampung Singgaron Baru yang terletak lebih kurang 20KM dari Timur Laut Pekan Ranau Sabah adalah sebuah perkampungan yang telah wujud sejak awal tahun 1960-an. Majoriti penduduk di kampung ini adalah berbangsa Dusun yang mana seramai hampir 95 peratus penduduknya beragama Islam dan selebihnya Kristian. Majoriti penduduk di Kampung Singgaron Baru mengusahakan tanah sendiri dengan bercucuk tanam. Antara tanaman utama penduduk tempatan pada awal pembukaannya adalah seperti Padi, Pisang, Ubi Keledek, Ubi Kayu, Kelapa, Serai, Halia, Lengkuas, Cili Padi, Lada, buah-buahan dan macam-macam lagi.
GAMBARAN KG SINGGARON BARU, RANAU |
Kampung Singgaron Baru terkenal dengan keunikan Flora dan Faunanya. Saban tahun, ramai penyelidik dari dalam dan luar negara datang ke Kampung Singgaron Baru untuk membuat penyelidikan Flora dan Faunanya yang masih belum diterokai sepenuhnya. Pada pertengahan tahun 2015, Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia untuk Alam Sekitar Malaysia (WWF Malaysia) Sabah telah melancarkan Program Water Voice di Kampung Singgaron Baru sebagai usaha untuk menerapkan kepentingan menjaga kebersihan air bermula dengan penjagaan sungai. Sehingga kini, Kampung Singgaron Baru masih mendapat air bersih secara percuma.
Di samping itu, Kampung Singgaron Baru telah di bimbing oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional (TEKUN), dan Yaysan Usaha Maju (YUM) untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk kampung. Selepas mendapat pendedahan dan bantuan kewangan daripada AIM, TEKUN dan YUM, penduduk Kampung mula aktif dalam menghasilkan produk makanan seperti kerepek pisang, kerepek ubi dan lain-lain produk makanan. Selain itu, penduduk kampung juga diajar untuk menghasilkan produk kraftangan seperti bakul dan dompet yang berasaskan Rotan dan Strapping Band. Namun demikian, ianya hanya dihasilkan mengikut permintaan kerana faktor kekurangan pasaran.
Kampung Singgaron Baru telah menjadi sebuah kampung angkat kepada Kumpulan Yayasan Sabah sehingga 2018 dan dikategorikan di bawah Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB).
Sumber:
1) Website Yayasan Sabah (http://www.yayasansabahgroup.org.my/social.cfm)
Hubungi
Kampung Singgaron BaruP.O. Box 11089308 RanauSabah, MALAYSIA.
Hubungi / Whatsapp : Pengerusi (012-819 1967) / Setiausaha (017-895 8591)
Coordinate:
Pelawat boleh memberi maklum balas kepada Pentadbir dengan menyuarakan pendapat, pertanyaan dan aduan jika terdapat percanggahan maklumat di laman blog ini.
Segala aduan, pertanyaan dan cadangan bolehlah dihantar secara terus ke alamat e-mel MPKK di kgsinggaronbaru110@gmail.com atau mengisi borang maklumbalas di bawah:-
BORANG MAKLUM BALAS
Subscribe to:
Posts (Atom)