Aktiviti Gotong Royong Membaiki Surau

Pada 23.2.2019 (Sabtu), warga Kg Singgaron Baru, Ranau telah mengadakan aktiviti gotong-royong membaiki Surau Silaturahim yang bermula pada jam 8.00am. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mengecat surau dan simen lantai surau. 

Ahli Jawatankuasa Keagamaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan warga kampung atas usaha dan inisiatif yang ditunjukkan. 




Gotong-Royong Kebersihan Bulanan (Feb-2019)

Aktiviti bulanan yang harus dikekalkan untuk keharmonian, kebersihan dan kesejahteraan kampung. Semoga penduduk Kampung terus mengekalkan aktiviti ini di masa hadapan yang dijalankan pada setiap bulan. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara dalam menjayakan aktiviti ini.