Petualang Kg Singgaron Baru, Ranau





Terima Kasih diucapkan kepada Pak Wong kerana sudi berkongsi pengalaman dan video "Petualang Singgaron" kepada umum. Harap video ini dapat memberikan inspirasi kepada peminat aktiviti memancing di seluruh Daerah Ranau dan Sabah umumnya. 

Petualang yang dimaksudkan adalah istilah lama yang bermaksud orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara.

Perasmian Kelab Kraftangan Kg Singgaron Baru

Pada 21 April 2018 (Sabtu), Persatuan Wanita Kg Singgaron telah menubuhkan Kelab Kraftangan Kg Singgaron yang dirasmikan oleh Puan Martina Payak, Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Dun N29 Kundasang. 





Aktiviti Membersihkan Tapak Perkuburan Islam, Kg Singgaron Lama, Kota Belud

Aktiviti ini dijalankan pada 16 April 2018 (Ahad) yang turut melibatkan penduduk dari Kg Singgaron Baru, Ranau.